Perjumpaan ketiga 25 januari 2010..



Pada minggu ini kami diterangkan perkara berkaitan pertolongan cemas… kami dikehendaki membawa kain anduh , kain pelikat dan kayu sebagai alatan bagi melakukan secara praktikal.

Berikut adalah info berkaitan rawatan kecemasan :

FIRST AID & KECEDERAAN

Apa itu kecederaan sukan???

Kecederaan ini berlaku semasa bersukan, beriadah, ataupun kemalangan kecil. Factor lain adalah disebabkan latihan yang tidak sempurna atau pemakaian peralatn tidak sesuai.

Apakah langkah perlu diambil bagi mengelakkan perkara ini berlaku???

Sebelum melakukan sesuatu aktiviti hendaklah melakukan pemanasan badan yang mencukupi. Ia bertujuan memastikan tubuh badan bersedia menghadapi segala kemungkinan pergerakan otot mengejut.


Contoh kecederaan ?

1. Ketegangan da kecederaan otot.
2. Kecederaan lutut.
3. Kebengkakan otot.
4. Sendi beralih.
5. Fraktur

Apa itu pertolongan Cemas???

Pertolongan cemas adalah bantuan pertama aatau rawatan awal yang diberikan kepada orang tercedera sebelum ambulan atau orang berkelayakan tiba atau dihantar ke hospital.


Objektif Pertolongan Cemas

1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan tiba.
2. Mengelakkan kecederaan bertambah teruk.
3. Membantu pemulihan.


Rawatan kecemasan luka Tertutup

1. letak ais ditempat cedera 20 minit. Alas dahulu tempat cedera dengan kain yang basah.
2. periksa sekiranya ada tulang patah dan ambil tindakan.
3. sekiranya anggota badan seperti kaki tangan yang cedera, angkat bahagian itu lebih tinggi dari jantung.


Rawatan kecemasan terbuka

1. periksa samada bahagian yang terputus .
2. bersihkan bahagian yang hendak tercedera.
3. balut dengan kain tempat yang cedera sebelum mendapat rawatan lanjut.



kepada saper yang tak tahu nie ler kain anduh.. hage dia kat farmasi aku beli rm4.50.. skrang nie ada lg latest version nyer.. tapi hage dia leh tahan mahal..



nie encik muis ajar wat kain anduh.. kawan sayer tu.. aida...


gambar kanan tu gambar aku patah tangan. tipu2 jer


nie lak gambar patah tangan berjemaah.. jatuh pokok maser curik rambutan


Cara membalut kecederaan tapak tangan..

1. letakkan tangan ditengah2 kain andul seperti gambar dibawah


2 . balutkan keseluruhan tangan . lipat kiri pada arah kiri dan kanan.


3 . setelah itu ikat kemas pada hujung kain anduh seperti gambar dibawah.


Cara Mengangkat pesakit dalam keadaan cemas.. dihutan mahupun dimamna2...


encik muis menerangkan cara mengangkat pesakit kepada sumer budak2


memula kner pasang kekuda...


pastu kner berdiri ngan hati2.. sume kner mainkan peranan dikedudukan memasing. takut pesakit terbalik


mula bergerak .. slow2.. pakai gear 1 dulu..


da ok sumer dah bersedia.. trus bergerak...

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog