Perjumpaan 6 April 2008

askum .. hari nie merupakan hari terakhir kitorng wat perjumpaan rekreasi.. hari nie yang best nyer ada makan2.. menu kFC.. air milo sponser dari mus. dan air dari en muis.. yang lain bwak diri jer.... berhubung dengan tajuk diatas bermacam aktiviti dilakukan bagi meraikan perpisahan ini.. antaranya

1)berkayak sampai pnat..
2)melihat bdak x amik ujian kayak
3)lepak2 tngk awek.. (rancangan x dirancang)

nie kitorang tengah bergambar kayak beramai2.. aku baju itam tengah tu..

time nie kitorang kayak lma gak tu.. jauh puas jalan2.. dkat nak malam camtu bru brenti.. rasanyer klu start pg kul 7pg .. 6 ptg bru bis.. hahaha.. tp slpas penat berkayak.. kitorang dijamu kfc 2 ketul sos berbotol.. ada la skit jajan wat perasa..


time nie yg tengah la paling suka.. nie aktiviti kegemaran dia.. eat eat...
sem dapan nie aku harap dapat ler join kressma.. aku suker aktiviti lasak nie... cik muis saya join nie bkan sekadar nak dapat A.. tp pengalaman.. pglamandan knangan camnie time kejer lum tentu dapat lg.. pepe pun kawan dan encik muis len kali kita jumper lg.. gambar pun nak isi da pnuh... gambar aku pun x bnyak sbb aku jd tukang amik gambar.. nie ada la skit gambar knangan rekreasi 2.


ada gak gambar aku... yang tengah baju itam tu.. anak datuk

siot gambar aku xder.. sbb aku la kameramen nyer


YANG BENAR,





KHAI_UNKNOW.......

Perjumpaan 30 Mac 2008

Setelah 2 minggu klas xder. hari nie bru ada.. pada masa nie kitorang ada test.. x susah pun.. aku x tiru.. tp dak2 len tiru.. x adil.. dunia nie memanga x adil waaaaa.. en muis saya nak A......

Perjumpaan 16 Mac 2008

PAda minggu nie kitorang belajar tentang ikatan tali.. macam2 la ikatan kitorang belajar dengan encik muis.. seronok.. walaupun kner bayar rm2 untuk tali yang x seberapa panjang.. hahahaha.. kat bawah nie ada la skit berkaitan ikatan tali...

SIMPULAN DAN IKATAN


BUKU SILA

Kegunaannya :
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula


BUNGA KETI

Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal


BUNGA KETI BERGANDA

Kegunaannya :
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT

Kegunaannya :
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya


SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Kegunaannya :
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.


SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)

Kegunaannya :
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin


SIMPUL PULIH

Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh


LILIT BALAK

Kegunaannya :
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak


TINDIH KASIH

Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga


SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)

Kegunaannya :
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai


LILIT ( Taut-Line )

Kegunaannya :
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah

Perjumpaan 9 mac 2010


PERBENTANGAN PROPOSAL PERKHEMAHAN

Pada minggu nie , kitorang telah di kehendaki membentangkan proposal tentang nak wat camping la yang telah diberi dulu tarikh luper la.. aku nyer group pilih lembah pangsun sebagai lokasi perkhemahan kami,. Kira nya aku ada advantages la sebab sem lpas aku da wat da kajian pasal tempat nie.. fambar sumer ada.. hahaha jangan mara... aku diberi tufas membuat slide show.. yang last2 minit wat.. tetapi berkualiti ooo. Jagan jeles gempak sler ahh..


AKTIVITI PRESENT SEDANG BERJALAN

Apa2 kita truskan ceter.. kitorang kner present kat bilik khas ada aicorn ada makanan ada air.. tp makanan ngan air x leh usik la orng len nyer.. sob sedih.. dicepatkan cetrita..

Present x leh wat dlu.. coz dak kelapa tua nak present psal kepimpinan dlu wawawawawaw.. nie time la aku nak pangkah froup nie.. hahaha.. jahatnyer aku…


first group present adalah group ,mus , pastu group aku yang terhebat, pastu grous shaari yang x best.. aku nak pangkah jer .. tp ader awek.. x jadi x pangkah.. and las sekali group kelapa tua.. yang cam pening2 jer present.. somong jer la..
Lama gak present sampai kul 7.20petang bru leh grak.. huhuhu..

PERKHEMAHAN REKREASI TAHAP 1

5,6 ,7 MAC 2008




Hari pertama (jumaat)

Pada kali ini aku ker pergi bersama2 rakan ku.. ari nie aku ader kelas german sbenarnya. Takut gak ada kuiz.. sebaik xder.. huhuhu.. mula2 pepagi tu . kitorang kner kumpul kat pusat akuatik ataupun kat kolam .. janji kul 8.30 bas sampai skali kul 10.30 da bru sampai. Biasa la janji melayu.. tengok2 bangla lak driver tu.. jadi janji bangle la.. hahahahah..

Kemas punya masuk sumer barang kat bas .. dalam kul 11 . bas gerak.. aritu ari jumaat .. kira ktorng x gi smyang jumaat la .. darurat.. kikiki.. perjalanan dkat 2 jam . siap campuer sesat sumer… kul 1 lbih kitorng sampai tmpat camping.. best la.. . lpas semayng zohor .. kitorng makan . then berkumpul.. pasang khemah sumer.. dalam kul 5 siap pastu ktorng dibahagikan kumpulan .. nama kumpulan aku LESUNG BATU.. wakaaka pelik gler.. sbb dia nak nama kump dari alatan kat dapur..
Pastu kitorng ditugaskan wat lagu ngan trade mark kumpulan… bg aku time nie paling kelakar brader urusttia tu joget ayam.. lawk gler .. kalah raja lawak…

kitorng sampai jer cam biasa la pnerang skit...



nie tukang kebun kat sini


NIe tmepat kitorang berkhemah


setelah penat pasang khemah lepak dlu


cam biasa la lpak2 dlu brang pun byak

Malam tu plak.. mula2 adaer la ceramah skit pasal kraft perkhemahan agak bosan gak.. sebab blaja bender da thu.. expert la kterkan.. pastu malam upskit kitorng kner wat aktiviti jalan malam.. peh letih gler la… dkat 3 4 jam ber jalan.. huhuhu. Gelap da la aku rabun malam lagi la … macam2 la belaja time tu.. jumper ulat ada lampu. La.. masuk air la… rendam dalam air la.. duit ilang la.. wakakaka.. dalam kul 3 camtu bru selesai sumer.. ltih.. tido pun x leh…

penerangan kraft perkhemahan dan lain2

Hari kedua.. sabtu..

Pagi tu memang ngantuk gler tahap ultimate kaki da la sakit .. basah satu hal.. sumer x selesa la.. gila lah.. kitorng keener joget poco2.. pnat gak woo.. ramai gler la serender pegi tandas.. hahahaha.. pastu ktorng sarapan. Selesai jer.. ingat nak wat abseiling kat air terjun sekali sampai da ada orng cop tmpat tu dlu.. ltih2 da la jauh nak gi sner…. Dengan harapan yang hancur ditambah lg .. digigt pacat lg la kecewa.. kitorng balik.. pastu barang hilang.. lg la kecewa.. brapa kali da kecewa.. huhuhu.. selesai jer.. kitorng mandi. Sungai pastu makan solat .. pas solat kitorang kner blaja pasal orienteering ngan kompas … kacang jer.. macam la wat game time tu .. siap kner cium pokok lg .. hahaha.

Lepas selesai tu ktorng wat abseilng .. nie part yang apaling best dalam camping nie… wacaya la samalu… cabarang nak naik tmpat nak wat abseiling pun da seram apa lagi abseiling dia.. aku orng first la wat .. hahahaa. Cepat abis .. dapat mandi sungai dulu…





lpas selesai sumer makan… petang tu kitorang rehat… time malam tu lampu xder kitorng ditugaskan.. lakonan.. lakonan tah paper jer.. orng lemas.. hahahaha
Siap sumer malam tu kitorng dia bg rehat awal.. memng ltih gler la… hahahahahaha..tapi malam tu kitorng kner jaga gilir2 .. tp aku tido jer… yakin tempat tu selamat…


Hari ketiga Ahad

Hari nie merupakan hari terakhir.. x bnyak sgt aktiviti.. biasa la ceramah skit.. pepagi ader senam poco2.. pastu.. kitorng ada belaja pasal tali macam macam la jenis blaja.


penerangan berkaitan cara ikatan tali

ANTARA JENIS IKATAN TALI





pastu
blaja survivor dalam hutan .. blaja la skit pasal hutan.. cara masak . sumer.. tapi team aku nyer masak nasi pahit gler la.. pakai daun aper tah dorng tu.. hahahahaha… pa selesai sumer kitorng . tengahari tu mandi siap2 kemas sumer… bukak khemah.. bergambar..

penerangan berkaitan suvivor dalam hutan


aku kat tengah dikelilingi orang asli

ANTARA MASAKAN YANG DIHASILKAN DENGAN CARA ALAM




Da nak petang tu ada la skit ucapan wakil kumplan… agi sijil… selsai sumer.. kitong kemas gerak pergi pintu dpan… naik bas .. jauh penat tambah letih .. huhuhu.. kitorng naik bas puncak alam … jalan2 puncak alam jap… pastu kul 9.30 malam sampai.. kull 11 tdo… huhuhuhu..

Perjumpaan 2 Mac 2010

Presentation Topic Kepimpinan
Minggu nie kitorang di tugaskan membuat presentation tentang kepimpinan. Time nie pkai ketas majong jer nak pkai slide bajek xder kot.. hahahahaha.. nak ckap bnyak pun x reti.. krang keener pangkah mati ooo...
Nie sedikit teori tentang kepimpinan





NIE SEDIKIT PERKARA BERKAITAN KEPIMPINAN

pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kepimpinan mempunyai berbagai definisi mengikut takrifan seseorang. Walaubagaimanapun, satu definisi umum dapat di simpulkan, iaitu:
"Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat".
Sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.
Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan sebagainya.
Definisi Kepimpinan
Di antara definisi-definisi yang diberi untuk istilah kepimpinan ialah:
"Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objekti kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad).
"Pengaruh interpersonal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas" (Tannenbaum & Massarik).
"Satu usaha mempengaruhi individu untuk mengikut ke arah pencapaian matlamat yang sama". (Koontz & O'Donnell).
"Proses kepimpinan adalah bergantung kepada fungsi pemimpin, pengikut dan pembolehubah situasi." (Hersey & Blanchard).

Ciri-ciri Pemimpin
1.standard etika
2.moral yang tinggi,
3.sudi berkongsi risiko bersama,
4.mengutamakan kepentingan umum daripada diri sendiri,
5.menggunakan kuasa untuk menggerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai misi/visi, bukan untuk keuntungan diri
6.boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada pengikutnya,
7.mempunyai minat yang mendalam,
8.optimistik dan komited,
9.boleh merangsangkan pengikut menjadi kreatif dan inovatif


Fungsi-fungsi kepimpinan


Kepimpinan adalah tanggungjawab. Menjadi pemimpin bererti memikul tanggungjawab yang memerlukan pelbagai kemahiran. Salah memimpin bermakna salah membuat keputusan, tidak menghiraukan pembangunan sumber dan meninggalkan legasi dalam keadaaan kucar-kacir.

Perbezaan peranan pemimpin boleh diperhatikan di sepanjang sejarah kehadiran manusia di dunia berbilion tahun yang lalu. Bermula dengan Nabi Adam A.S, umat manusia sentiasa hidup dengan memimpin dan dipimpin. Dalam proses kepimpinan ini, banyak perkara yang berlaku, menyentuh pelbagai watak, keputusan dan penilaian. Kehadiran pemimpin silih-berganti dalam berbagai-bagai bidang. Antaranya ialah birokratik, autokratik dan demokratik. Justeru, negara-negara yang wujud di dunia pada hari ini turut mewarisi jenis-jenis kepimpinan monarki, demokrasi berparlimen, demokrasi berpresiden, sosialis, komunis dan totalitarian.

Negara yang masih mengamalkan sistem kerajaan monarki semakin berkurangan kerana masyarakat dunia bertambah faham terhadap konsep monarki dalam kepimpinan moden. Namun begitu, institusi beraja masih kuat berpengaruh kerana kuasa utama terletak kepada raja atau sultan manakala ahli kerabat diraja biasanya memonopoli kuasa eksekutif. Ketua negara adalah warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan. Antara negara yang masih utuh menggunakan pemerintahan monarki ialah Arab Saudi dan Brunei.

Demokrasi berparlimen adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan doktrin pengasingan kuasa dan menggunakan slogan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat." Negara yang mengamalkan sistem ini mewakili sebuah parlimen yang mana wakilnya dipilih melalui pilihan raya. Ia juga mempunyai raja sebagai ketua negara yang menjadi simbolik. Antara negara yang mengguna pakai sistem pentadbiran jenis ini ialah Britain, Malaysia, Thailand, Nepal, Jepun, Sweden dan Norway.

Berbeza dengan demokrasi berparlimen, negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpresiden melantik seorang rakyat biasa sebagai presiden melalui pilihan raya atau proses pemilihan tertentu. Ada negara yang memperuntukkan kuasa penuh kepada presiden seperti Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat, sebaliknya ada negara yang menjadikan presiden sebagai kuasa simbolik dengan kuasa sebenar berada di tangan perdana menteri seperti Singapura dan India.

Pentadbiran jenis sosialis memihak kepada golongan miskin dan rakyat kelas bawahan. Di sini, kekayaan adalah milik kerajaan dan negara, bukannya individu. Dalam sistem sosialis, ia menyekat perkembangan pasaran bebas dan tidak banyak mengiktiraf keupayaan seseorang untuk melangkah jauh dalam usahanya. Kerajaan sosialis sering dikaitkan dengan revolusi seperti yang berlaku di Myanmar, Laos, Libya dan Algeria.

Kerajaan komunis yang masih wujud ketika ini ialah Korea Utara yang melaungkan slogan "sama rata, sama rasa." Negara lain ialah Cuba yang memiliknegarakan ekonomi. Bagaimanapun Cuba lebih terbuka dalam menjalin hubungan dengan negara luar berbanding Korea Utara. Pengaruh komunis telah terbatas dan akan dikenang sebagai masa yang sukar kerana memisahkan Jerman Timur dan Barat, Vietnam Utara dan Selatan serta Korea Utara dan Selatan.

Pentadbiran totalitarian sudah tidak wujud pada hari ini dalam erti kata sebenar kerana tokoh-tokoh seperti Adolf Hitler, Mossolini dan Stalin gagal menyebarkan ideologi mereka ke seluruh dunia. Konsep pemimpin ini ialah menghalalkan kekerasan bagi mempastikan ideologi berkenaan diluaskan. Dengan erti kata lain matlamat menghalalkan cara.

perjumpaan 23 Februari 2010

Setelah bercuti raya cina yang x seberapa lamer nyer ngan tambah home sick yang masih melekat nie.. selasa nie kitorang ada perjumpaan.. sebaik kejer x brat sgt.

Pada minggu ini encik muis wat teori pasal kompas.. walau mender nie da blaja dari kecil.. tp aku blaja lg.. 2x Experiance la kat mender alah nie... compass tu digunakan tuk pandu arah bearing.. guner kat hutan .. kat maner2 pun leh.. 1st klas tu en muis terngkan la komponen compass.. cara nak check kompas rosak.. yg ada buih x leh pkai.. sbb t dia nyer kordianat x tepat.






Cara gune compass
1.Letakkan kompas kat tangan . pastu pakukan kat dada..
2.Pastu gerak bearing yang dikehendaki pada kompas
3.Setelah itu gerakkan diri sehinga jarum merah masuk perumah atau home..
4.Da ciap sumer itulah tempat nyer...




cara memeriksa peta


aku ler nie.. gaya chiken dance


nie anak mak . cam ngah gemuruh nak nikah



kadang2 bosan en muis mengaru kepala nya

Perjumpaan 2 February 2010




Pada hari selasa nie blum start paper ktorng kner amik kuiz ditepi tasik dulu. Soklan snang jer.. hehehe.kiri kanan ader jawapan.. pastu kitorang kner main kayak ler.. ada test skit katernyer.. sblum trun tu biasa la kner senam2 skit . pastu cik muis ada la terangkan skit cara menyelamat.. cam2 gaya X la sumer la.. hehehe . tapi itu mudah bagi aku... pas tu turun la kitorng kat air tu.. mula dak2 nie wat dulu gaya terbalik kat air.. dasyat tu.. menakutkan.. hohoho.. pastu time aku. Aku lak kner terbalik.. peh bhaya ooo.. baru aku tahu dalam nyer air tasik shah alam... sram gak mana tau ada giant octopus ker gigit aku dari dalam air... abis aku kner makan.. then pas sumer tu.. ader skit cerita kawan aku kehilangan cemin mata dalam air.. bak orng kata jatuh ditimpa tangga la 2x. Malam tu aku teman la dia beli cemin mata. Cian dia...


nie kayak yang kitorang gner.. yang single nyer





cian awek nie cam ptus asa jer.. merenung masa dpan..keceawa la tu

NIE LA TEST KITORNG DASYAT OO...






Search This Blog