PAda minggu nie kitorang belajar tentang ikatan tali.. macam2 la ikatan kitorang belajar dengan encik muis.. seronok.. walaupun kner bayar rm2 untuk tali yang x seberapa panjang.. hahahaha.. kat bawah nie ada la skit berkaitan ikatan tali...
SIMPULAN DAN IKATAN
BUKU SILA
Kegunaannya :
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula
BUNGA KETI
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal
BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya :
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.
LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya :
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya
SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya :
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya :
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin
SIMPUL PULIH
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh
LILIT BALAK
Kegunaannya :
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak
TINDIH KASIH
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga
SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)
Kegunaannya :
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai
LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya :
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah
Perjumpaan 16 Mac 2008
Posted by
MOHD KHAIRUL ANOR BIN SELAMAT
Wednesday, March 17, 2010
0 comments:
Post a Comment